THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

TEXT

AsSaLaMuAlAiKuM & WeLcOmE

qaseh

qaseh

PINK FISH


Monday, May 18, 2009

CeRmiN DiRi

HADITH:CERMIN DIRI
CERMIN DIRI SENDIRI
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW
telah bersabda,maksudnya:
"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak",
maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.
"(H.R. Muslim)
Penerangan Hadis:
Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin,
beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak)
adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga
pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan
merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka.
Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya
perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh
perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan
cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiadasalahnya".
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa
membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini.
Maka apabila kitamembincangkan masalah-masalah
umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa
'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah
kita menegur diri kita masing-masing dan jangan
suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan
biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang
penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan
perasaan bangga diri dan memandang rendah
kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku,
namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan
orang lain tidak setanding dengan kita. Mudah-mudahan ALLAH swt.
dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita
rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

1 comments:

Princess Azah said...

pinjam cermin......

MIKY

pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets